Suka tak makan aiskrim? Anak-anak saya sangat menggemari aiskrim. Apatah lagi aiskrim mix Vanilla dgn Coklat? Sapa kata vanilla dgn coklat tak sedap mix. Sedaplahh...bukan sahaja anak-anak suka. Uminya pun suka makan gak walaupun harus jarang jarang memakannya. Maklumlah kalau tak nanti badan tu bagai dipam-pam membelonnya. Aduzzzzzzz
Haaaa sekarang nie tengah musim demam 'Vanilla Coklat'. Alaaa drama tv bersiri tu lahh, saluran TV3. Kita mulanya tak gemar siri ni. Kita lebih suka dengan 'Bicara Hati' . Tapi nampak gaya 'Bicara Hati' macam agak perlahanlah ploatnya. Rasa bosan pulak. Kita try Vanilla Coklat. Nampak siri nie plotnya sedikit lancar dan tidak membosankan berbanding 'Bicara Hati' walaupun rasaya kedua-dua drama ini mempunyai tarikan sendiri.
Malaslah nak beri ulasan berjela-jela mengenai drama siri ini. Cumanya sekarang kita tak sabar nak menonton episode 10 Vanilla Coklat. Mesti kali ini jalan ceritanya agak sedih sedikit selepas kejadian episode 9 tu. Sob sob sob...
Jadi jangan lupa temujanji anda dihadapan kaca TV jam 9.00 malam selasa ini ye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan