Isnin, 20 Februari 2012

Rindu Bonda

Inilah pic bondaku. Pic diambil ketika kami menziarahi pusara arwah ayahanda tercinta Aidil Fitri tahun lepas.
Sesungguhnya bondaku sudah dimamah usia. Dengan pelbagai penyakit yang dihidapinya bonda tetap menjenguk anak-anaknya yang sibuk dengan kerja di merata bumi Malaysia ini.

Minggu depan bonda dah nak terbang ke KL. Aku berharap sangat boleh berjumpa dengannya. Rindu sangat dengan bonda. Bonda ku ini tidak dapat mendengar aku sakit dan dalam kesusahan. Sekelip mata dia akan datang menjengah aku dan anak-anaknya. Sebab itu jika hanya kesusahan kecil aku tidak mahu merisaukan beliau. Kesian dia nak terbang dari Limbang hingga nak menyampai ke Jerantut ini. Sangat jauh. Tapi kasih ibu mengatasi segalanya. Dia akan cuba sedaya upayanya datang juga.

Aku berharap bonda terus dalam keadaan sihat sejahtera. Aku berharap aku dapat menggembirakan hatinya sebagaimana dia sering menggembirakan hatiku...Ma..Rindu dengan mama....Sayang mama...
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan