Tahun lepas bila saya dan keluarga pulang bercuti dari Vietnam, biras saya telah menjemput kami. Ketika berborak-borak di dalam kereta sempat dia menghulurkan sebungkus buah berangan. Mula-mula dapat saya terpinga-pinga macam mana nak memakannya. Mr.hubby pun menunjuk-ajar macam mana nak makan buah itu..(aduiiiiii maluuu nyaaaaaaa)
First time merasa saya sudah suka dengan buah itu. Rasanya betul-betul kuachi. Tanpa disedari sebungkus buah berangan habis dilantak seorang.Sejak dari itu setiap kali berrulang Jerantut-KL-Jerantut saya akan mengingatkan mr.hubby membelinya.
Tapi sejak kebelakangan ini saya rasakan bila memakan buah ini saya menjadi tidak sihat. Rasa angin pun di dalam badan dan sukar untuk mengeluarkannya. Tiga bulan lepas saya terpaksa meminum air halia untuk menghilangkan angin dalam badan selepas memakannya. Memang menyiksakan rasanya ketika itu.
Semalam ketika balik dari KL saya sempat mengajak suami singgah di Genting Sempah semata-mata untuk membeli buah itu. Setelah membeli sekilo buah berangan kami terus menyambung perjalanan pulang ke Jerantut. Sepanjang dalam perjalanan saya tidak henti-henti memakan buah tersebut. Hingga satu ketika bila suami mengajak singgah makan malam di sebuah gerai saya merasa senak perut dan terus berhenti memakan buah tersebut. Akibatnya selera makan malam terbantut. Saya cuma meminum segelas teh tarik panas sahaja.
Tidak habis disitu, sampai dirumah saya tidur awal kerana merasakan tidak sihat badan ketika itu. Sewaktu menghampiri subuh saya terjaga disebabkan kesukaran untuk bernafas. Saya segera membangunkan mr hubby dan meminta beliau mengurutkan badan sebab saya tahu keadaan itu berlaku disebabkan angin yang terlalu banyak dalam badan. Puas mr hubby mengurutkan badan tetapi angin dalam badan memang sukar untuk dikeluarkan. Lalu saya bangun dan pergi ke bilik air. Saya mengambil keputusan menjolok anak tekak agar angin dan saya dapat muntah . Inilah cara yang selalu saya lakukan untuk mengeluarkan angin ketika saya mengalami sakit kepala. Puas saya menjolok anak tekak tetapi saya cuma dapat muntah sedikit sahaja dan angin keluar pun tidak banyak. Saya masuk semula ke dalam bilik dan meminta mr hubby mengurutkan badan saya dengan minyak panas. Setelah beberapa lama mr hubby urut keadaan merasa lega sedikit namun saya masih tidak dapat bernafas dengan baik. Saya merasa kasihan dan meminta mr hubby berhenti je mengurut dan memintanya tidur sebab esok mr hubby kena bekerja sedangkan saya masih dalam percutian.
Saya pula walaupun dalam keadaan tidak selesa bernafas tetapi kerana terlalu penat selepas muntah-muntah tadi tidur juga walaupun terpaksa tidur dalam posisi duduk. Namun saya tetap bersyukur terhadap Allah SWT saya masih dipanjangkan umur setelah keadaan yang bagi saya teruk juga .
Ikhtibar dari peristiwa ini adalah, saya harus memakan sedikit sahaja buah berangan. Selepas ini saya harus beringat agar tidak memakan buah berangan dengan lahap sekali...ha ha haaa
Buah Berangan |
Gerai Buah Berangan di Genting Sempah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan