Sebelum aku melanjutkan pelajaran ku suatu ketika dulu, guruku ada berpesan....dayang....belajar rajin2, jangan kecewakan mak bapa ...dan ingat jodoh yang kita dapat nanti tidak semestinya menepati apa yang kita mahukan. Tapi kita hendaklah redha dengan apa yang diberikan kepada kita. Itulah yang terbaik untuk kita. Masa tu aku hairan dengan pesan cikgu ku itu...nape lah cikgu zakiah nie berpesan-pesan begini...ishhhh pelikkk (dalam hatiku berkata masa tu).
10 tahun selepas kejadian itu aku bertemu jodoh dengan pasangan ku diseberang lautan. Perkenalan kami telah membawa ke jinjang pelamin. Beliau tidak 100% menepati lelaki idamanku. Walau bagaimanapun aku sangat bahagia dan bersyukur dengan jodoh ini kerana kami saling menerima kekurangan dan kelebihan diri masing-masing. Walau apa pun orang kata mengenai mr hubbyku...dialah yang terbaik untukku...Aku terima ketentuan yang diberikan kepadaku...TQ Allah for this gift.
Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat. Insya Allah. Amin
mr.hubby ku ini sangat sukar untuk diajar bergambar berdua begini. Dia sangat tak suka bergambar. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan