Suatu ketika dulu nama Taman Negara begitu asing dengan aku. Aku tak pernah membaca pun mengenai tempat ini. Bila berkenalan dengan mr. hubby pun aku tidak ambil pusing sangat pun.
Bila first time sampai ke sini sangat terkejut betul dan sangat sukar menyesuaikan diri dengan suasana sekitarnya. Rasanya walaupun sudah hampir 10 tahun aku berada disini , aku masih belum dapat menyesuaikan diri 100%. Hmmmm
Namun dalam sepuluh tahun berada sini memang banyak sangat perubahan yang berlaku di sini. Paling nyata cuacanya. Jika pertama kali berada disini cuacanya sejuk tapi sekarang semakin panas macam cuaca di bandar besar jugak rasanya.
Aku masih ingat ketika mula-mula mandi disini..Ya Allah sejuk sangat walaupun masa tu mandi paginya sangat lewat dah...ha ha haaa....rasanya mandi waktu tu jam 10 pagi...tapi airnya macam air batu....sejuk sangattt...Tapi sekarang pepagi subuh aku boleh mandi tanpa perlu menjerang air panas pon (ada ketikanya je... ha ha haaa)
Apa pun sebenarnya Taman Negara Kuala Tahan yang merupakan hutan hujan khatulistiwa yang tertua di dunia masih mempunyai tarikannya yang tersendiri. Pelancong dalam dan luar negara masih tetap membanjiri kawasan ini terutama pada mereka yang mencintai kehijauan dan ingin mengikuti aktiviti lasak yang ditawarkan di sini.
Pada anda yang berminat untuk datang ke sini..boleh hubungi saya. Pihak kami menawarkan pakej yang menarik dan murah untuk anda. Tapi kami hanya menguruskan pakej berkumpulan sahaja. Di mana minima dalam satu kumpulan adalah 20 orang..
Berikut adalah pics ketita saya mengikuti rombongan BTPN Pahang ke Ulu Tembeling. Aktiviti menaiki boat adalah salah satu aktiviti yang ditawarkan di Taman Negara. Anda berpeluang bermain air semasa mengikuti aktiviti ini. Sebab saya bersama rombongan kerja maka tiadalah aktiviti bermain air itu.
|
bersedia dalam boat untuk mudik ke Ulu Tembeling |
|
Berlatar belakangkan Pulau Agoh, pulau yang berdekatan dengan Jeti Taman Negara Kuala Tahan. Di Pulau ini terdapat restaurant kecil. Pada yang ingin kelainan dalam menjamu selera boleh mencuba di pulau ini. |
|
|
Kesibukan boat-boat menanti palawat mereka. |
|
Restaurat terapung di Jeti Taman Negara Kuala Tahan. Pada yang pernah sampai di sini sepuluh tahun yang lepas boleh melihat perubahan Jeti Taman Negara sekarang. |
|
Jeti ke Mutiara Taman Negara Resort dan ke Canopy Walkway. |
|
Suasana Jeti |
|
Tebing Sungai Tembeling masih dengan suasana hijaunya |
|
Seronok naik boat beramai-ramai sambil curi-curi main air. Saja nak kenakan orang belakang lah tu |
Jom ke Taman Negara...hubungi saya di 014-8169196
Tiada ulasan:
Catat Ulasan