Sabtu, 11 Ogos 2012

Kegembiraan Di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum dan salam Ramadhan pada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia...

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa pada Ramadhan yang mulia ini kan?

Lama betul saya tak membuat entry. Bukanlah busy sangat, tetapi memang malas nak menulis. Banyak perkara boleh dikongsikan namun rasanya biarlah ia menjadi 'hak peribadi' sahaja.

Di hujung-hujung bulan barakah ini saya sangat teruja apabila anak-anak saudara datang berkunjug ke rumah dan berbuka bersama. Ada anak saudara yang sudi bermalam di rumah kecil milik ibu mertuaku ini. Gembira melihat kehadiran mereka sangat-sangat menggembirakan hati ibu mertuaku. Apatah lagi cicit dia yang tinggal di Norway datang berkunjung dan berbuka puasa di rumah ini. keletah si Maia sangat mencuit hati. Apa tah lagi Maia dapat mengungkapkan beberapa ungkapan yang selalu keluar dari mulut orang-orang tu. Contohnya Allahhu Akbar bila dia nak duduk dilantai.. Menyebut Ya Allah bila dia berhenti berlari-lari kerana kepenatan. Bila hendak meminta minuman dia akan berkata 'nak minum'. Sangat comel mendengarkannya mengungkapkan perkataan tersebut ditambah dengan gayanya yang tersendiri.

Walaupun baru dua kali kami berjumpa sejak kepulangannya ke Malaysia dua bulan yang lepas, dia selesa berada di rumah ini tanpa merasa takut-takut dan segan. Kini tinggal  24 hari lagi sebelum Maia dan mummynya kembali semula ke Norway.

Semoga Allah memberi kami peluang untuk berkumpul semula di Ramadhan yang akan datang. Amen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan