Ahad, 26 Februari 2012

PERJALANAN YANG BERMAKNA

Hari ini aku dan anak-anak melalui perjalanan yang agak panjang juga ..berulang-alik dari Taman Negara ke Bukit Subang dengan sedikit tersasar semasa dalam perjalanan memang memenatkan. Tapi penat ku itu berbaloi kerana aku dapat menghabiskan masaku bersama adikku Yaya@Boya. my nieces ...Humaira N Dhiya serta puteriku dan puteriku. TQ so much to my hubby kerana sudi menghadiahkan suite penginapan di Rainforest Resort... Humaira suka sangat.. punya lah dia pusing-pusing keliling resort sehingga tidur kepenatan.
 Terima Kasih bebanyak abang....luv u so muchhhhhhhh darling.

Gambar Rainforest akan diupload kemudian...penat sangat...nak buat preparation tuk mengajar sok plak...

Nite semua...sweetdream...mimpi yang indah ye

assalammualaikum

Isnin, 20 Februari 2012

Rindu Bonda

Inilah pic bondaku. Pic diambil ketika kami menziarahi pusara arwah ayahanda tercinta Aidil Fitri tahun lepas.
Sesungguhnya bondaku sudah dimamah usia. Dengan pelbagai penyakit yang dihidapinya bonda tetap menjenguk anak-anaknya yang sibuk dengan kerja di merata bumi Malaysia ini.

Minggu depan bonda dah nak terbang ke KL. Aku berharap sangat boleh berjumpa dengannya. Rindu sangat dengan bonda. Bonda ku ini tidak dapat mendengar aku sakit dan dalam kesusahan. Sekelip mata dia akan datang menjengah aku dan anak-anaknya. Sebab itu jika hanya kesusahan kecil aku tidak mahu merisaukan beliau. Kesian dia nak terbang dari Limbang hingga nak menyampai ke Jerantut ini. Sangat jauh. Tapi kasih ibu mengatasi segalanya. Dia akan cuba sedaya upayanya datang juga.

Aku berharap bonda terus dalam keadaan sihat sejahtera. Aku berharap aku dapat menggembirakan hatinya sebagaimana dia sering menggembirakan hatiku...Ma..Rindu dengan mama....Sayang mama...
Posted by Picasa

Puteraku Demam

Demam puteraku ini
Hari ini aku ambil CRK. Puteraku tak berapa sihat. Patutlah malam tadi tidurnya asyik terganggu. Sekejab-sekejab terjaga. Mula-mula ingatkan tempat tidurnya tak selesa. Dah sering sangat terjaga aku tak sedap hati. Ya Allah bila aku rasa badannya....sangat panas sekali. Aku cepat meminta suami ambil towel untuk mengelap badannya supaya suhu badannya turun. Alhamdulillah setelah memberi dia makan ubat dan terus-menerus mengelap badannya. Suhu badannya berkurangan dan dapatlah puteraku ini dapat berehat untuk recover tidurnya malam tadi.. Tengoklah dia...letak towel mesti ikut cara dia. Kalau tak bising lah si kecikku ini

Ahad, 19 Februari 2012

Bicara Hati...Jangan lupa temu janji anda..

Bicara Hati n Vanilla Coklat, kedua dua siri drama ini menarik hatiku. Tapi sebenarnya aku jarang berkesempatan layan drama tersebut ketika temujanji harus berada bersama di antara dua itu. Apa tidaknya , pada ketika itulah mr hubby ku yang tercinta layan channel movie nya. Nak marah apakan dia. Kesian dia time begitu jelah masa dia layan movie. Masa lain yang difikirkannya cuma kerja kerja kerja....client client client....sesekali mr hubby ku perlu berterapi minda sekurang kurangnya di depan kaca TV.
Jadi pada anda yg tak dapat melayan kedua siri tersebut jangan keciwa sangat. Kita boleh google di youtube. Bila bila masa boleh menonton. Siap boleh download lagi.

Layan Bicara Hati

Sabtu, 18 Februari 2012

Jangan Lupa Temujanji Dengan Vanilla Coklat Episod 10

Yummyyyyy Vanilla Coklat......slurppppp

Suka tak makan aiskrim? Anak-anak saya sangat menggemari aiskrim. Apatah lagi aiskrim mix Vanilla dgn Coklat? Sapa kata vanilla dgn coklat tak sedap mix. Sedaplahh...bukan sahaja anak-anak suka. Uminya pun suka makan gak walaupun harus jarang jarang memakannya. Maklumlah kalau tak nanti badan tu bagai dipam-pam membelonnya. Aduzzzzzzz

Haaaa sekarang nie tengah musim demam 'Vanilla Coklat'. Alaaa drama tv bersiri tu lahh, saluran TV3. Kita mulanya tak gemar siri ni. Kita lebih suka dengan 'Bicara Hati' . Tapi nampak gaya 'Bicara Hati' macam agak perlahanlah ploatnya. Rasa bosan pulak. Kita try Vanilla  Coklat. Nampak siri nie plotnya sedikit lancar dan tidak membosankan berbanding 'Bicara Hati' walaupun rasaya kedua-dua drama ini mempunyai tarikan sendiri.

Malaslah nak beri ulasan berjela-jela mengenai drama siri ini. Cumanya sekarang kita tak sabar nak menonton episode 10 Vanilla Coklat. Mesti kali ini jalan ceritanya agak sedih sedikit selepas kejadian episode 9 tu. Sob sob sob...

Jadi jangan lupa temujanji anda dihadapan kaca TV jam 9.00 malam selasa ini ye.

Khamis, 16 Februari 2012

Jadi Lah Diri Sendiri...

Be yourself...Jadi lah diri anda sendiri!!!!!!! Kalau anda menonton rancangan realiti akan pasti anda mendengar frasa begitu dari para pengkritik-pengkritik. Kenapa ya mereka sering berkata begitu? Apa tidaknya, orang sekarang ini mudah sangat terikut-ikut cara orang lain. Apatah lagi jika ingin dikenali. Bagi mereka dengan cara begitu orang akan mudah melekat ingatan terhadap mereka. Betulkah? Yakah? Anda jawablah sendiri.

Namun bagi saya jika kita mempunyai identiti sendiri dan tidak ditiru-tiru ingatan orang lain terhadap kita lagilah melekatnya. Apa tidaknya kita mempunyai keistimewaan diri sendiri yang orang lain tidak ada. Peniruan hanya akan memusnahkan diri sendiri dan masa depan kita ja. Jadi apapun pandangan orang lain terhadap kita. Be yourself. Jadilah diri anda sendiri. Namun pastikan apa yang kita lakukan itu sesuatu yang berfaedah dan bukannya memudaratkan diri sendiri dan jua orang sekeliling kita. Fikirkanlah pembaca. Jumpa lagi.

(Oh ya malam ini malam Jumaat isilah malam ini dengan amalan yang berfaedah)

assalammualaikum.

Gambar sekadar hiasan sahaja
b

Isnin, 13 Februari 2012

Anugerah....TQ Allah

Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya. Siapa sangka aku yang bertemu jodoh di usia 30 tahun dianugerahkan oleh Allah SWT dengan sepasang cahaya mata. Masih aku ingat dikala aku sibuk membuat persediaan hari bahagiaku. Rupa-rupanya jiran tertangga berkira-kira tentang jumlah anak yang bakal aku lahirkan.

Sebahagian besar sinis dengan perkahwinanku pada usia 30 tahun ini. Ada yang penuh keyakinan menyatakan aku tidak akan mempunyai anak hasil dari perkahwinan ini. Maklumlah kahwin dalam usia tua. Amboiiiiiii mereka ini lebih tahu dari profesor serba tahu. Tuhan ke mereka? sehingga tahu dan sehingga yakin akan jodoh pertemuan dan rezekiku...Subahanallah...manusia-manusia ini. Kesian mereka kan....Abaikan aja manusia begitu...

Namun begitu aku sangat bersyukur kepada Allah SWT dengan anugerah sepasang cahaya mata buat aku dan suamiku. Sesungguhnya Ain Latieffa dan Arieff Zulqarnain merupakan anugerah dan amanah Allah SWT kepada ku dan suamiku.  Sesungguhnya jodoh, pertemuan, ajal maut  dan rezeki itu hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Terima kasih Allah atas anugerah ini.

Kakak-Adek, sesungguhnya umi sangat-sangat menyayangi adek-kakak. Umi doakan semoga anak-anak umi menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. Insya Allah. Amin.
Puteri ku - Ain Latieffa dan Putera ku - Arieff  Zulqarnain

Jumaat, 10 Februari 2012

Jodohku ...terbaik untuk ku

Pernah ke anda terpikir mengenai jodoh anda? Siapa kah orangnya? Menepati ciri-ciri lelaki idaman yang dicari-carikah? Mungkin sebahagian kita memperolehinya apa yang kita impikan.

Sebelum aku melanjutkan pelajaran ku suatu ketika dulu, guruku ada berpesan....dayang....belajar rajin2, jangan kecewakan mak bapa ...dan ingat jodoh yang kita dapat nanti tidak semestinya menepati apa yang kita mahukan. Tapi kita hendaklah redha dengan apa yang diberikan kepada kita. Itulah yang terbaik untuk kita. Masa tu aku hairan dengan pesan cikgu ku itu...nape lah cikgu zakiah nie berpesan-pesan begini...ishhhh pelikkk (dalam hatiku berkata masa tu).

10 tahun selepas kejadian itu aku bertemu jodoh dengan pasangan ku diseberang lautan. Perkenalan kami telah membawa ke jinjang pelamin. Beliau tidak 100%  menepati lelaki idamanku. Walau bagaimanapun aku sangat bahagia dan bersyukur dengan jodoh ini kerana kami saling menerima kekurangan dan kelebihan diri masing-masing. Walau apa pun orang kata mengenai mr hubbyku...dialah yang terbaik untukku...Aku terima ketentuan yang diberikan kepadaku...TQ Allah for this gift.

Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat. Insya Allah. Amin
mr.hubby ku ini sangat sukar untuk diajar bergambar berdua begini. Dia sangat  tak suka bergambar.

Rabu, 8 Februari 2012

Apa Apa Ja Lah Di Minda Ku

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Setelah sekian lama, aku cuba membina blogku semula. Kenapa nak ada blog? Sebenarnya sebelum ini beberapa blog telah aku bina. Namun keadaan diriku yang kadang-kadang sibuk, dan ditambah dengan rasa malas blog tersebut ada yang terbiar begitu saja.

Kali ini aku cuba berjinak semula. Sebenarnya aku tidak mempunyak topik khusus untuk dikongsi bersama sebab itu aku namakan blog ini Apa-Apa Ja Lah Di Minda Ku. Aku rasakan tajuk atau nama itu sesuai kerana aku akan berkongsi apa sahaja yang terpikir dalam otak kepala ku ini.



Kali ini aku kongsikan gambar alat permainan ini. Semasa kecil teringin sangat mempunyai alat permainan seperti ini. Tapi manalah daya ibubapa ku mengadakannya. Harganya bukan kepalang boleh menampung perbelanjaan persekolahan aku dan adik-adikku untuk sebulan. Sehingga kini aku mahupun anak-anakku tidak memilikinya. Kerana bagiku buku lebih berfaedah untuk mereka.

Okeylah setakat ini untuk kali ini sehingga berjumpa dilain kali. Terima kasih pada anda yang sudi singgah dan membaca coretan mindaku ini. Assalammuaikum dan selamat malam...Sweet Dream Guys