Khamis, 4 Oktober 2012

Rumah Kuning dan Spongesbob

Salam n hello semua,

Lama tak update blog. Nak kata sibuk bak PM tak jugak. Cuma kemalasan yang teramat melanda diri ini.
U all apa khabar? Kita bertambah sihat tau. Walaupun letih dengan aktiviti sukan sekolah namun berat badan makin bertambah pulak rasanya.

Seperti tahun-tahun sudah kita berada di Rumah Kuning - Hebat Berdaulat motto rumah kita, Tahun ni kita pilih spongebob maskod rumah. Mula tu cuak gak ngan maskod ni. Maklum lah kita bukannya suka dengan kartun tu.

Tapi hasil kerja Teacher Hani membuatkan maskod rumah kitaorang nampak kiut plak.

Pada hari kedua kejohanan rumah kitaorang mendahului punggutan pingat. Happy sangatlah. Maklumlah rumah kuning nie biasa mendapat tempat hujung-hujung je.. Tapi tu le 'ku sangka panas sampai ke petang'. Pada saat akhir kitorang telah dipintas oleh rumah hijau dan biiru...sob sob sob. Terpaksa lah berpuas hati dengan tempat ke 3 je.

Walau bagaimanapun kitorang puas hati gak sebab nya Rumah Kuning menjadi johan perbarisan dan johan rumah hiasan cantik. So adalah pengubat nya jugak Berpuas hati jugak lah dengan apa yang kitorang perolehi.

Kita salute sangat dengan Ustazah Azlina Ismon n Kak Ngoh tau. Diorang ni walaupon yang sorang tengah sarat 7 bulan mengandung dan yang sorang pulak masih dalam keadaan mabuk-mabuk, tetapi bersemangat untuk menghias rumah sukan mereka. Saluted to them.

Pasukan Rumah Kuning - Simple, Kemas dan Menarik
Pasukan Rumah Merah bermaskotkan angry bird - anak kita ada dalam perbarisan ini.

Rumah Biru bermaskotkan Doremon - siap bawa bunga mangar tuk pertandingan berbarisan tu.



Perbarisan Rumah Kuning didahului dengan maskotnya - Sponge bob

Rumah Hijau bermaskotkan Ninja Turtle - menduduki tempat kedua pertandingan perbarisan. Tetapi johan Sukan 2012. Tahniah Ninja Turtle.

Spongebob yang comel siap bawa net dia tu. Nak tangkap apa tengah padang nie spongebob oiii!!!!! hehehe

Pasukan Kuning tidak dapat dinafikan kehebatan mereka dalam Pertandingan Perbarisan Rumah sukan untuk kali ini.

4 buah khemah rumah sukan. Sangat jelas kehebatan Rumah Kuning dengan hiasan yang sederhana tetapi menarik dan kemas.

Ahli Rumah Kuning tetap setia menanti pasukan rumah lain walaupun keadaan panas terik ketika ini.

Kita dan kawan-kawan kita mendengar taklimat dahulu sebelum memulakan acara.

Keadaan Rumah merah yang 95% siap. Maaf tak sempat ambik pic semasa 100% telah siap sedia untuk pertandingan.

Kita bersama pasukan perbarisan - ambik pic dulu sebelum bersedia untuk perbarisan hormat dan pertandingan perbarisan. Di kanan kita tu bakal olahragawan untuk tahun depan. Insya Allah


  * Pic diatas adalah ikhsan dari AzimaBjork.

Kepada semua geng-geng Rumah Kuning - Inna Nasa, Nasa Escmail, Princes Meir, AzimaBjork, Wan Rozlina Kak Ngoh, Nurhani Razali,Ustaz Zaharuddin, Pakcu n Jar - u all the best team ever.

Pada Makteh Roslina TQ so much kerana banyak uruskan budak-budak Rumah Kuning pada hari pertandingan.

Ok semua till next update.....arios....

Sabtu, 11 Ogos 2012

Kegembiraan Di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum dan salam Ramadhan pada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia...

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa pada Ramadhan yang mulia ini kan?

Lama betul saya tak membuat entry. Bukanlah busy sangat, tetapi memang malas nak menulis. Banyak perkara boleh dikongsikan namun rasanya biarlah ia menjadi 'hak peribadi' sahaja.

Di hujung-hujung bulan barakah ini saya sangat teruja apabila anak-anak saudara datang berkunjug ke rumah dan berbuka bersama. Ada anak saudara yang sudi bermalam di rumah kecil milik ibu mertuaku ini. Gembira melihat kehadiran mereka sangat-sangat menggembirakan hati ibu mertuaku. Apatah lagi cicit dia yang tinggal di Norway datang berkunjung dan berbuka puasa di rumah ini. keletah si Maia sangat mencuit hati. Apa tah lagi Maia dapat mengungkapkan beberapa ungkapan yang selalu keluar dari mulut orang-orang tu. Contohnya Allahhu Akbar bila dia nak duduk dilantai.. Menyebut Ya Allah bila dia berhenti berlari-lari kerana kepenatan. Bila hendak meminta minuman dia akan berkata 'nak minum'. Sangat comel mendengarkannya mengungkapkan perkataan tersebut ditambah dengan gayanya yang tersendiri.

Walaupun baru dua kali kami berjumpa sejak kepulangannya ke Malaysia dua bulan yang lepas, dia selesa berada di rumah ini tanpa merasa takut-takut dan segan. Kini tinggal  24 hari lagi sebelum Maia dan mummynya kembali semula ke Norway.

Semoga Allah memberi kami peluang untuk berkumpul semula di Ramadhan yang akan datang. Amen.

Jumaat, 1 Jun 2012

Tenggelam-Timbul

Salam pembaca....
Lama betul saya tak membuat posting. Selain dilanda kesibukan pekerjaan, talian rumah saya mengalami gangguan beberapa bulan. Sangat kesal dengan kejadian ini. Bukannya tidak membayar bill malahan terlebih bayar ada. Walaupun beberapa kali menelepon khidmat pelanggan TM namun sangat dikesalkan tindakannya lambat sekali.  Sehingga minah khidmat pelanggan tu mengatakan saya tak membayar bill katanya. Tapi dia terkejut bila saya rupanya bukan tidak membayar tetapi membuat lebihan bayaran RM200 plak tu. Hmmm macam mana boleh jadi begini TM???
Perlu sensitif lagi dengan permasalahan pelanggan jangan nak mintak duit pelanggan je yang lebih!!!

Saya sabar menunggu pekerja TM datang melihat dan memeriksa talian di rumah tapi sayang sebulan lebih ditunggu tiada tindakan. Saya tetap bersabar maklumlah kawasan saya ini jauh di Taman Negara, mungkin sistem talian kurang memuaskan , itu jangkaan saya. Tapi difikirkan saya membayar RM130 sebulan untuk perkhidmatan  yang kononnya cepat dan pantas, tapi malangnya sangat 'hampeh' yang saya dapatkan. Berbaloikah bayaran yang saya buat setiap bulan? Sudah semestinya tidak dan SANGAT MENGECEWAKAN.  

Setelah hampir 3 bulan tidak boleh online baru 2 minggu lepas saya boleh online dari rumah. Banyak cerita selama tidak online ini hendak dikongsikan bersama tapi cerita basi sudah rasanya.

Hmmm lihatlah nanti jika cerita-cerita tersebut hendak dikongsikan saya updatekan posting ini.

Selamat bercuti buat sahabat-sahabat guru. Anak-anak yang bercuti jangan lupa membuat ulangkaji ya. Semoga anda berjaya dunia dan akhirat. Amin

Isnin, 19 Mac 2012

Bicara Hati Episod 11

minat drama ni tak? saya suka gak dan sekali sekala layan di youtube je. Pada yang tertinggal episode 11 ni , jom layan episode ni



Sabtu, 17 Mac 2012

Kenduri Rakan Sekerja

Bila tiba musim cuti sekolah, maka pada sepanjang musim itu akan penuhlah acara nikah-kahwin diadakan. Untuk kali ini rakan sekerja saya tidak ketinggalan mengambil peluang keemasan ini. Tahniah Ustaz Shadan bin Suran kerana telah melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihannya. Walaupun tak sempat menghadiri majlis pernikahannya di Kuantan, tapi hari ini saya dan family serta rakan sekerja yang lain telah menghadiri majlis sambut menantunya di Jerantut siang tadi. Disebabkan beberapa urusan yang perlu dibuat, saya dan family dan beberapa orang rakan terpaksa beredar dari majlis lebih awal. Tak sempatlah bersua muka dengan pasangan pengantin kita. Mohon maaf dipinta. Diharap dikesempatan lain boleh berkenalan dengan orang rumah ustaz Shahdan kita nie.

Nah layanlah pics yang sempat saya sambil semasa dalam perjalanan ke rumah pengantin dan semasa di kenduri rumah pengantin. Sayang lak lupa nak ambil pic pelaminnya tadi. Nak cepat sangat beredar, dah lewat maklumlah perjalanan Jerantut-Taman Negara jauh gak. Apatah lagi beberapa urusan perlu diselesaikan sebelum balik tadi. Harap u all enjoy the pictures k.
aduiii gg kapak ku jelas kelihatan....he he heeee

sori abang umi ambik pic sendiri je......jangan marah arrrr


anak daraku berehat dulu sembelum menjamu selera....umi lapar dah nie

mr hubby tengah legakan tekak yang dah kehausan. Makan kemudian

Bersama Teacher Supiah. Alamak muka Ustazah Ida tak nampak lah plak....ishhh ishhh ishhh

Cenderahati dari tuan rumah....TQ

Lagi cenderahati dari tuan rumah pada hari ini.

Rakan yang lain tengah sibuk mengambil makanan

Seronok gak g kenduri reramai nie....

Jumaat, 16 Mac 2012

Bila Masa Cuti Tak Sama

Cuti persekolahan dah di penghujungnya. Sepanjang cuti ini saya dan anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah sahaja. Nak pergi bercuti mr.hubby pula kena bekerja. Pada musim cuti persekolahan begini memang menyukarkan mr hubby nak beruti kerana pada masa inilah pelancong ramai di tempat kerjanya. Begitulah masalahnya bila bekerja dalam bidang perhotelan.

Nasiblah empat hari lepas mr hubby ada meeting di head office kat KL. Bolehlah saya anak-anak bercuti-cuti sambil mr hubby meeting. Masa yang singkat hanya memberi peluang saya dan anak-anak meronda dua tiga jam sahaja di Jalan TAR. Nak pegi banyak tempat risau dengan mak mertua yang tidak larat untuk berjalan lama.

Tak pelah adek-kakak lain kali kita pergi bercuti semasa ayah kurang sibuk nanti ye.

Layan pic semasa percutian di Cameron Highlands hujung tahun lepas.


Merenung jauh mr hubby ku ini

My lil' hero

Anak daraku

Ngap

Nak makanlah

Kurang Sihat-Teman Mr Hubby Layan Movie

Malam nie saya lambat tidur. Selepas dapat penangan Buah Berangan malam tu, akibatnya saya  melayan mata je kerja di siang hari. Setelah semalaman tidak dapat tidur dengan lena. Akibatnya badan tidak sihat kerana memaksa diri muntah subuh tu untuk mengeluarkan angin yang banyak dalam badan, Tidur pun tak cukup jadinya.


Bangun pagi badan  mengeletar berdiri pun macam tak berapa nak tegak. Senang ceta keadaan saya dalam 'walking on the air'. Makan pun tidak berapa nak berselera. Namun kesiankan anak-anak yang kelaparan gagahkan diri juga membuat kerja dan menyiapkan sedikit makanan untuk mereka.

Dalam keadaan begini janji dengan Kak Ngoh untuk melatih budak-budak sekolah bermain bola jaring terpaksa dibatalkan. Kesian dia terpaksa membuat kerja berseorangan. :(

Harap esok keadaan mula bertambah baik. Harap bisa-bisa dibadan ini makin reda, Doakan kesihatan saya ya,,, 
Sedap juga movie nie

Jumpa lagi. Nak temankan mr hubby layan movie Jaws di HBO nie...



Khamis, 15 Mac 2012

Buah Berangan

Tahukah anda buah berangan merupakan buah kegemaran saya. Lebih 11 tahun berulang-alik Jerantut-KL-Jerantut dan RnR Genting Sempah merupakan persinggahan kegemaran. Di sini bukan sahja tempat mudah melepaskan 'hajat' pilihan makanan pun banyak jika kelaparan. Suatu yang menarik perhatian tetapi tidak saya endahkan selama ini adalah gerai-gerai kecil buah berangan. Saya tidak pernah bertanya pun pada mr. hubby bagaimana sebenarnya buah berangan tersebut. Bukan apa saya sebenarnya tidak pernah pun melihat buah itu secara lebih dekat. Mendengar namanya selalu terutama di pantun-pantun tetapi melihat buahnya belum pernah....ha ha haaa lucu dan memalukan kan?...hehehehe...

Tahun lepas bila saya dan keluarga pulang bercuti dari Vietnam, biras saya telah menjemput kami. Ketika berborak-borak di dalam kereta sempat dia menghulurkan sebungkus buah berangan. Mula-mula dapat saya terpinga-pinga macam mana nak memakannya. Mr.hubby pun menunjuk-ajar macam mana nak makan buah itu..(aduiiiiii maluuu nyaaaaaaa)

First time merasa saya sudah suka dengan buah itu. Rasanya betul-betul kuachi. Tanpa disedari sebungkus buah berangan habis dilantak seorang.Sejak dari itu setiap kali berrulang Jerantut-KL-Jerantut saya akan mengingatkan mr.hubby membelinya.

Tapi sejak kebelakangan ini saya rasakan bila memakan buah ini saya menjadi tidak sihat. Rasa angin pun di dalam badan dan sukar untuk mengeluarkannya. Tiga bulan lepas saya terpaksa meminum air halia untuk menghilangkan angin dalam badan selepas memakannya. Memang menyiksakan rasanya ketika itu.

Semalam ketika balik dari KL saya sempat mengajak suami singgah di Genting Sempah semata-mata untuk membeli buah itu. Setelah membeli sekilo buah berangan kami terus menyambung perjalanan pulang ke Jerantut. Sepanjang dalam perjalanan saya tidak henti-henti memakan buah tersebut. Hingga satu ketika bila suami mengajak singgah makan malam di sebuah gerai saya merasa senak perut dan terus berhenti memakan buah tersebut. Akibatnya selera makan malam terbantut. Saya cuma meminum segelas teh tarik panas sahaja.

Tidak habis disitu, sampai dirumah saya tidur awal kerana merasakan tidak sihat badan ketika itu. Sewaktu menghampiri subuh saya terjaga disebabkan kesukaran untuk bernafas. Saya segera membangunkan mr hubby dan meminta beliau mengurutkan badan sebab saya tahu keadaan itu berlaku disebabkan angin yang terlalu banyak dalam badan. Puas mr hubby mengurutkan badan tetapi angin dalam badan memang sukar untuk dikeluarkan. Lalu saya bangun dan pergi ke bilik air. Saya mengambil keputusan menjolok anak tekak agar angin dan saya dapat muntah . Inilah cara yang selalu saya lakukan untuk mengeluarkan angin ketika saya mengalami sakit kepala. Puas saya menjolok anak tekak tetapi saya cuma dapat muntah sedikit sahaja dan angin keluar pun tidak banyak.  Saya masuk semula ke dalam bilik dan meminta mr hubby mengurutkan badan saya dengan minyak panas. Setelah beberapa lama mr hubby urut keadaan merasa lega sedikit namun saya masih tidak dapat bernafas dengan baik. Saya merasa kasihan dan meminta mr hubby berhenti je mengurut dan memintanya tidur sebab esok mr hubby kena bekerja sedangkan saya masih dalam percutian.

Saya pula walaupun dalam keadaan tidak selesa bernafas tetapi kerana terlalu penat selepas muntah-muntah tadi tidur juga walaupun terpaksa tidur dalam posisi duduk. Namun saya tetap bersyukur terhadap Allah SWT saya masih dipanjangkan umur setelah keadaan yang bagi saya teruk juga .

Ikhtibar dari peristiwa ini adalah, saya harus memakan sedikit sahaja buah berangan. Selepas ini saya harus beringat agar tidak memakan buah berangan dengan lahap sekali...ha ha haaa

Buah Berangan


Gerai Buah Berangan di Genting Sempah

Ahad, 11 Mac 2012

Adele - Rolling In The Deep

Lagu ini lagu kesukaan anak lelakiku...akibat selalu mendengar cousin nya menyanyikan lagu ini, dia pun terikut-ikut sama. Walaupun sebutannya tak berapa nak betul. Sekurang-kurangnya melalui lagu ni dia belajar berbahasa Inggeris.




Vanilla Coklat - promo episode akhir

U all minat drama Vanilla Coklat tak? Aku layan gak drama nie. Drama nie best gak walaupun hero dan heroin nya baru lagi. Tapi suka lah dengan drama ini. Teringat zaman muda belia dulu....he he hee..

Haaaa drama nie nak abis dahhhhh...jamgan lupa tonton last episode malam esok tau... sebagai penghibur hati layan promo episode akhir drama Vanilla Coklat
 http://youtu.be/SRYZcNtW5u8

Taman Negara Kuala Tahan

Suatu ketika dulu nama Taman Negara begitu asing dengan aku. Aku tak pernah membaca pun mengenai tempat ini. Bila berkenalan dengan mr. hubby pun aku tidak ambil pusing sangat pun.
Bila first time sampai ke sini sangat terkejut betul dan sangat sukar menyesuaikan diri dengan suasana sekitarnya. Rasanya walaupun sudah hampir 10 tahun aku berada disini , aku masih belum dapat menyesuaikan diri 100%. Hmmmm

Namun dalam sepuluh tahun berada sini memang banyak sangat perubahan yang berlaku di sini. Paling nyata cuacanya. Jika pertama kali berada disini cuacanya sejuk tapi sekarang semakin panas macam cuaca di bandar besar jugak rasanya.

Aku masih ingat ketika mula-mula mandi disini..Ya Allah sejuk sangat walaupun masa tu mandi paginya sangat lewat dah...ha ha haaa....rasanya mandi waktu tu jam 10 pagi...tapi airnya macam air batu....sejuk sangattt...Tapi sekarang pepagi subuh aku boleh mandi tanpa perlu menjerang air panas pon (ada ketikanya je... ha ha haaa)

Apa pun sebenarnya Taman Negara Kuala Tahan yang merupakan hutan hujan khatulistiwa yang tertua di dunia masih mempunyai tarikannya yang tersendiri. Pelancong dalam dan luar negara masih tetap membanjiri kawasan ini terutama pada mereka yang mencintai kehijauan dan ingin mengikuti aktiviti lasak yang ditawarkan di sini.

Pada anda yang berminat untuk datang ke sini..boleh hubungi saya. Pihak kami menawarkan pakej yang menarik dan murah untuk anda. Tapi kami hanya menguruskan pakej berkumpulan sahaja. Di mana minima dalam satu kumpulan adalah 20 orang..

Berikut adalah pics ketita saya mengikuti rombongan BTPN Pahang ke Ulu Tembeling. Aktiviti menaiki boat adalah salah satu aktiviti yang ditawarkan di Taman Negara. Anda berpeluang bermain air semasa mengikuti aktiviti ini. Sebab saya bersama rombongan kerja maka tiadalah aktiviti bermain air itu.

bersedia dalam boat untuk mudik ke Ulu Tembeling

Berlatar belakangkan Pulau Agoh, pulau yang berdekatan dengan Jeti Taman Negara Kuala Tahan. Di Pulau ini terdapat restaurant kecil. Pada yang ingin kelainan dalam menjamu selera boleh mencuba di pulau ini.

Kesibukan boat-boat menanti palawat mereka.

Restaurat terapung di Jeti Taman Negara Kuala Tahan. Pada yang pernah sampai di sini sepuluh tahun yang lepas boleh melihat perubahan Jeti Taman Negara sekarang.

Jeti ke Mutiara Taman Negara Resort dan ke Canopy Walkway.

Suasana Jeti

Tebing Sungai Tembeling masih dengan suasana hijaunya

Seronok naik boat beramai-ramai sambil curi-curi main air. Saja nak kenakan orang belakang lah tu
Jom ke Taman Negara...hubungi saya di 014-8169196

Ahad, 26 Februari 2012

PERJALANAN YANG BERMAKNA

Hari ini aku dan anak-anak melalui perjalanan yang agak panjang juga ..berulang-alik dari Taman Negara ke Bukit Subang dengan sedikit tersasar semasa dalam perjalanan memang memenatkan. Tapi penat ku itu berbaloi kerana aku dapat menghabiskan masaku bersama adikku Yaya@Boya. my nieces ...Humaira N Dhiya serta puteriku dan puteriku. TQ so much to my hubby kerana sudi menghadiahkan suite penginapan di Rainforest Resort... Humaira suka sangat.. punya lah dia pusing-pusing keliling resort sehingga tidur kepenatan.
 Terima Kasih bebanyak abang....luv u so muchhhhhhhh darling.

Gambar Rainforest akan diupload kemudian...penat sangat...nak buat preparation tuk mengajar sok plak...

Nite semua...sweetdream...mimpi yang indah ye

assalammualaikum

Isnin, 20 Februari 2012

Rindu Bonda

Inilah pic bondaku. Pic diambil ketika kami menziarahi pusara arwah ayahanda tercinta Aidil Fitri tahun lepas.
Sesungguhnya bondaku sudah dimamah usia. Dengan pelbagai penyakit yang dihidapinya bonda tetap menjenguk anak-anaknya yang sibuk dengan kerja di merata bumi Malaysia ini.

Minggu depan bonda dah nak terbang ke KL. Aku berharap sangat boleh berjumpa dengannya. Rindu sangat dengan bonda. Bonda ku ini tidak dapat mendengar aku sakit dan dalam kesusahan. Sekelip mata dia akan datang menjengah aku dan anak-anaknya. Sebab itu jika hanya kesusahan kecil aku tidak mahu merisaukan beliau. Kesian dia nak terbang dari Limbang hingga nak menyampai ke Jerantut ini. Sangat jauh. Tapi kasih ibu mengatasi segalanya. Dia akan cuba sedaya upayanya datang juga.

Aku berharap bonda terus dalam keadaan sihat sejahtera. Aku berharap aku dapat menggembirakan hatinya sebagaimana dia sering menggembirakan hatiku...Ma..Rindu dengan mama....Sayang mama...
Posted by Picasa

Puteraku Demam

Demam puteraku ini
Hari ini aku ambil CRK. Puteraku tak berapa sihat. Patutlah malam tadi tidurnya asyik terganggu. Sekejab-sekejab terjaga. Mula-mula ingatkan tempat tidurnya tak selesa. Dah sering sangat terjaga aku tak sedap hati. Ya Allah bila aku rasa badannya....sangat panas sekali. Aku cepat meminta suami ambil towel untuk mengelap badannya supaya suhu badannya turun. Alhamdulillah setelah memberi dia makan ubat dan terus-menerus mengelap badannya. Suhu badannya berkurangan dan dapatlah puteraku ini dapat berehat untuk recover tidurnya malam tadi.. Tengoklah dia...letak towel mesti ikut cara dia. Kalau tak bising lah si kecikku ini

Ahad, 19 Februari 2012

Bicara Hati...Jangan lupa temu janji anda..

Bicara Hati n Vanilla Coklat, kedua dua siri drama ini menarik hatiku. Tapi sebenarnya aku jarang berkesempatan layan drama tersebut ketika temujanji harus berada bersama di antara dua itu. Apa tidaknya , pada ketika itulah mr hubby ku yang tercinta layan channel movie nya. Nak marah apakan dia. Kesian dia time begitu jelah masa dia layan movie. Masa lain yang difikirkannya cuma kerja kerja kerja....client client client....sesekali mr hubby ku perlu berterapi minda sekurang kurangnya di depan kaca TV.
Jadi pada anda yg tak dapat melayan kedua siri tersebut jangan keciwa sangat. Kita boleh google di youtube. Bila bila masa boleh menonton. Siap boleh download lagi.

Layan Bicara Hati

Sabtu, 18 Februari 2012

Jangan Lupa Temujanji Dengan Vanilla Coklat Episod 10

Yummyyyyy Vanilla Coklat......slurppppp

Suka tak makan aiskrim? Anak-anak saya sangat menggemari aiskrim. Apatah lagi aiskrim mix Vanilla dgn Coklat? Sapa kata vanilla dgn coklat tak sedap mix. Sedaplahh...bukan sahaja anak-anak suka. Uminya pun suka makan gak walaupun harus jarang jarang memakannya. Maklumlah kalau tak nanti badan tu bagai dipam-pam membelonnya. Aduzzzzzzz

Haaaa sekarang nie tengah musim demam 'Vanilla Coklat'. Alaaa drama tv bersiri tu lahh, saluran TV3. Kita mulanya tak gemar siri ni. Kita lebih suka dengan 'Bicara Hati' . Tapi nampak gaya 'Bicara Hati' macam agak perlahanlah ploatnya. Rasa bosan pulak. Kita try Vanilla  Coklat. Nampak siri nie plotnya sedikit lancar dan tidak membosankan berbanding 'Bicara Hati' walaupun rasaya kedua-dua drama ini mempunyai tarikan sendiri.

Malaslah nak beri ulasan berjela-jela mengenai drama siri ini. Cumanya sekarang kita tak sabar nak menonton episode 10 Vanilla Coklat. Mesti kali ini jalan ceritanya agak sedih sedikit selepas kejadian episode 9 tu. Sob sob sob...

Jadi jangan lupa temujanji anda dihadapan kaca TV jam 9.00 malam selasa ini ye.

Khamis, 16 Februari 2012

Jadi Lah Diri Sendiri...

Be yourself...Jadi lah diri anda sendiri!!!!!!! Kalau anda menonton rancangan realiti akan pasti anda mendengar frasa begitu dari para pengkritik-pengkritik. Kenapa ya mereka sering berkata begitu? Apa tidaknya, orang sekarang ini mudah sangat terikut-ikut cara orang lain. Apatah lagi jika ingin dikenali. Bagi mereka dengan cara begitu orang akan mudah melekat ingatan terhadap mereka. Betulkah? Yakah? Anda jawablah sendiri.

Namun bagi saya jika kita mempunyai identiti sendiri dan tidak ditiru-tiru ingatan orang lain terhadap kita lagilah melekatnya. Apa tidaknya kita mempunyai keistimewaan diri sendiri yang orang lain tidak ada. Peniruan hanya akan memusnahkan diri sendiri dan masa depan kita ja. Jadi apapun pandangan orang lain terhadap kita. Be yourself. Jadilah diri anda sendiri. Namun pastikan apa yang kita lakukan itu sesuatu yang berfaedah dan bukannya memudaratkan diri sendiri dan jua orang sekeliling kita. Fikirkanlah pembaca. Jumpa lagi.

(Oh ya malam ini malam Jumaat isilah malam ini dengan amalan yang berfaedah)

assalammualaikum.

Gambar sekadar hiasan sahaja
b

Isnin, 13 Februari 2012

Anugerah....TQ Allah

Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya. Siapa sangka aku yang bertemu jodoh di usia 30 tahun dianugerahkan oleh Allah SWT dengan sepasang cahaya mata. Masih aku ingat dikala aku sibuk membuat persediaan hari bahagiaku. Rupa-rupanya jiran tertangga berkira-kira tentang jumlah anak yang bakal aku lahirkan.

Sebahagian besar sinis dengan perkahwinanku pada usia 30 tahun ini. Ada yang penuh keyakinan menyatakan aku tidak akan mempunyai anak hasil dari perkahwinan ini. Maklumlah kahwin dalam usia tua. Amboiiiiiii mereka ini lebih tahu dari profesor serba tahu. Tuhan ke mereka? sehingga tahu dan sehingga yakin akan jodoh pertemuan dan rezekiku...Subahanallah...manusia-manusia ini. Kesian mereka kan....Abaikan aja manusia begitu...

Namun begitu aku sangat bersyukur kepada Allah SWT dengan anugerah sepasang cahaya mata buat aku dan suamiku. Sesungguhnya Ain Latieffa dan Arieff Zulqarnain merupakan anugerah dan amanah Allah SWT kepada ku dan suamiku.  Sesungguhnya jodoh, pertemuan, ajal maut  dan rezeki itu hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Terima kasih Allah atas anugerah ini.

Kakak-Adek, sesungguhnya umi sangat-sangat menyayangi adek-kakak. Umi doakan semoga anak-anak umi menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. Insya Allah. Amin.
Puteri ku - Ain Latieffa dan Putera ku - Arieff  Zulqarnain

Jumaat, 10 Februari 2012

Jodohku ...terbaik untuk ku

Pernah ke anda terpikir mengenai jodoh anda? Siapa kah orangnya? Menepati ciri-ciri lelaki idaman yang dicari-carikah? Mungkin sebahagian kita memperolehinya apa yang kita impikan.

Sebelum aku melanjutkan pelajaran ku suatu ketika dulu, guruku ada berpesan....dayang....belajar rajin2, jangan kecewakan mak bapa ...dan ingat jodoh yang kita dapat nanti tidak semestinya menepati apa yang kita mahukan. Tapi kita hendaklah redha dengan apa yang diberikan kepada kita. Itulah yang terbaik untuk kita. Masa tu aku hairan dengan pesan cikgu ku itu...nape lah cikgu zakiah nie berpesan-pesan begini...ishhhh pelikkk (dalam hatiku berkata masa tu).

10 tahun selepas kejadian itu aku bertemu jodoh dengan pasangan ku diseberang lautan. Perkenalan kami telah membawa ke jinjang pelamin. Beliau tidak 100%  menepati lelaki idamanku. Walau bagaimanapun aku sangat bahagia dan bersyukur dengan jodoh ini kerana kami saling menerima kekurangan dan kelebihan diri masing-masing. Walau apa pun orang kata mengenai mr hubbyku...dialah yang terbaik untukku...Aku terima ketentuan yang diberikan kepadaku...TQ Allah for this gift.

Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat. Insya Allah. Amin
mr.hubby ku ini sangat sukar untuk diajar bergambar berdua begini. Dia sangat  tak suka bergambar.

Rabu, 8 Februari 2012

Apa Apa Ja Lah Di Minda Ku

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Setelah sekian lama, aku cuba membina blogku semula. Kenapa nak ada blog? Sebenarnya sebelum ini beberapa blog telah aku bina. Namun keadaan diriku yang kadang-kadang sibuk, dan ditambah dengan rasa malas blog tersebut ada yang terbiar begitu saja.

Kali ini aku cuba berjinak semula. Sebenarnya aku tidak mempunyak topik khusus untuk dikongsi bersama sebab itu aku namakan blog ini Apa-Apa Ja Lah Di Minda Ku. Aku rasakan tajuk atau nama itu sesuai kerana aku akan berkongsi apa sahaja yang terpikir dalam otak kepala ku ini.



Kali ini aku kongsikan gambar alat permainan ini. Semasa kecil teringin sangat mempunyai alat permainan seperti ini. Tapi manalah daya ibubapa ku mengadakannya. Harganya bukan kepalang boleh menampung perbelanjaan persekolahan aku dan adik-adikku untuk sebulan. Sehingga kini aku mahupun anak-anakku tidak memilikinya. Kerana bagiku buku lebih berfaedah untuk mereka.

Okeylah setakat ini untuk kali ini sehingga berjumpa dilain kali. Terima kasih pada anda yang sudi singgah dan membaca coretan mindaku ini. Assalammuaikum dan selamat malam...Sweet Dream Guys