minat drama ni tak? saya suka gak dan sekali sekala layan di youtube je. Pada yang tertinggal episode 11 ni , jom layan episode ni
Isnin, 19 Mac 2012
Sabtu, 17 Mac 2012
Kenduri Rakan Sekerja
Bila tiba musim cuti sekolah, maka pada sepanjang musim itu akan penuhlah acara nikah-kahwin diadakan. Untuk kali ini rakan sekerja saya tidak ketinggalan mengambil peluang keemasan ini. Tahniah Ustaz Shadan bin Suran kerana telah melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihannya. Walaupun tak sempat menghadiri majlis pernikahannya di Kuantan, tapi hari ini saya dan family serta rakan sekerja yang lain telah menghadiri majlis sambut menantunya di Jerantut siang tadi. Disebabkan beberapa urusan yang perlu dibuat, saya dan family dan beberapa orang rakan terpaksa beredar dari majlis lebih awal. Tak sempatlah bersua muka dengan pasangan pengantin kita. Mohon maaf dipinta. Diharap dikesempatan lain boleh berkenalan dengan orang rumah ustaz Shahdan kita nie.
Nah layanlah pics yang sempat saya sambil semasa dalam perjalanan ke rumah pengantin dan semasa di kenduri rumah pengantin. Sayang lak lupa nak ambil pic pelaminnya tadi. Nak cepat sangat beredar, dah lewat maklumlah perjalanan Jerantut-Taman Negara jauh gak. Apatah lagi beberapa urusan perlu diselesaikan sebelum balik tadi. Harap u all enjoy the pictures k.
![]() |
| aduiii gg kapak ku jelas kelihatan....he he heeee |
![]() |
| sori abang umi ambik pic sendiri je......jangan marah arrrr |
![]() |
| anak daraku berehat dulu sembelum menjamu selera....umi lapar dah nie |
![]() |
| mr hubby tengah legakan tekak yang dah kehausan. Makan kemudian |
![]() |
| Bersama Teacher Supiah. Alamak muka Ustazah Ida tak nampak lah plak....ishhh ishhh ishhh |
![]() |
| Cenderahati dari tuan rumah....TQ |
![]() |
| Lagi cenderahati dari tuan rumah pada hari ini. |
![]() |
| Rakan yang lain tengah sibuk mengambil makanan |
Seronok gak g kenduri reramai nie....
Jumaat, 16 Mac 2012
Bila Masa Cuti Tak Sama
Cuti persekolahan dah di penghujungnya. Sepanjang cuti ini saya dan anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah sahaja. Nak pergi bercuti mr.hubby pula kena bekerja. Pada musim cuti persekolahan begini memang menyukarkan mr hubby nak beruti kerana pada masa inilah pelancong ramai di tempat kerjanya. Begitulah masalahnya bila bekerja dalam bidang perhotelan.
Nasiblah empat hari lepas mr hubby ada meeting di head office kat KL. Bolehlah saya anak-anak bercuti-cuti sambil mr hubby meeting. Masa yang singkat hanya memberi peluang saya dan anak-anak meronda dua tiga jam sahaja di Jalan TAR. Nak pegi banyak tempat risau dengan mak mertua yang tidak larat untuk berjalan lama.
Tak pelah adek-kakak lain kali kita pergi bercuti semasa ayah kurang sibuk nanti ye.
Layan pic semasa percutian di Cameron Highlands hujung tahun lepas.
Nasiblah empat hari lepas mr hubby ada meeting di head office kat KL. Bolehlah saya anak-anak bercuti-cuti sambil mr hubby meeting. Masa yang singkat hanya memberi peluang saya dan anak-anak meronda dua tiga jam sahaja di Jalan TAR. Nak pegi banyak tempat risau dengan mak mertua yang tidak larat untuk berjalan lama.
Tak pelah adek-kakak lain kali kita pergi bercuti semasa ayah kurang sibuk nanti ye.
Layan pic semasa percutian di Cameron Highlands hujung tahun lepas.
![]() |
| Merenung jauh mr hubby ku ini |
![]() |
| My lil' hero |
![]() |
| Anak daraku |
![]() |
| Ngap |
![]() |
| Nak makanlah |
Kurang Sihat-Teman Mr Hubby Layan Movie
Malam nie saya lambat tidur. Selepas dapat penangan Buah Berangan malam tu, akibatnya saya melayan mata je kerja di siang hari. Setelah semalaman tidak dapat tidur dengan lena. Akibatnya badan tidak sihat kerana memaksa diri muntah subuh tu untuk mengeluarkan angin yang banyak dalam badan, Tidur pun tak cukup jadinya.
Bangun pagi badan mengeletar berdiri pun macam tak berapa nak tegak. Senang ceta keadaan saya dalam 'walking on the air'. Makan pun tidak berapa nak berselera. Namun kesiankan anak-anak yang kelaparan gagahkan diri juga membuat kerja dan menyiapkan sedikit makanan untuk mereka.
Dalam keadaan begini janji dengan Kak Ngoh untuk melatih budak-budak sekolah bermain bola jaring terpaksa dibatalkan. Kesian dia terpaksa membuat kerja berseorangan. :(
Harap esok keadaan mula bertambah baik. Harap bisa-bisa dibadan ini makin reda, Doakan kesihatan saya ya,,,
Jumpa lagi. Nak temankan mr hubby layan movie Jaws di HBO nie...
Bangun pagi badan mengeletar berdiri pun macam tak berapa nak tegak. Senang ceta keadaan saya dalam 'walking on the air'. Makan pun tidak berapa nak berselera. Namun kesiankan anak-anak yang kelaparan gagahkan diri juga membuat kerja dan menyiapkan sedikit makanan untuk mereka.
Dalam keadaan begini janji dengan Kak Ngoh untuk melatih budak-budak sekolah bermain bola jaring terpaksa dibatalkan. Kesian dia terpaksa membuat kerja berseorangan. :(
Harap esok keadaan mula bertambah baik. Harap bisa-bisa dibadan ini makin reda, Doakan kesihatan saya ya,,,
![]() |
| Sedap juga movie nie |
Jumpa lagi. Nak temankan mr hubby layan movie Jaws di HBO nie...
Khamis, 15 Mac 2012
Buah Berangan
Tahukah anda buah berangan merupakan buah kegemaran saya. Lebih 11 tahun berulang-alik Jerantut-KL-Jerantut dan RnR Genting Sempah merupakan persinggahan kegemaran. Di sini bukan sahja tempat mudah melepaskan 'hajat' pilihan makanan pun banyak jika kelaparan. Suatu yang menarik perhatian tetapi tidak saya endahkan selama ini adalah gerai-gerai kecil buah berangan. Saya tidak pernah bertanya pun pada mr. hubby bagaimana sebenarnya buah berangan tersebut. Bukan apa saya sebenarnya tidak pernah pun melihat buah itu secara lebih dekat. Mendengar namanya selalu terutama di pantun-pantun tetapi melihat buahnya belum pernah....ha ha haaa lucu dan memalukan kan?...hehehehe...
Tahun lepas bila saya dan keluarga pulang bercuti dari Vietnam, biras saya telah menjemput kami. Ketika berborak-borak di dalam kereta sempat dia menghulurkan sebungkus buah berangan. Mula-mula dapat saya terpinga-pinga macam mana nak memakannya. Mr.hubby pun menunjuk-ajar macam mana nak makan buah itu..(aduiiiiii maluuu nyaaaaaaa)
First time merasa saya sudah suka dengan buah itu. Rasanya betul-betul kuachi. Tanpa disedari sebungkus buah berangan habis dilantak seorang.Sejak dari itu setiap kali berrulang Jerantut-KL-Jerantut saya akan mengingatkan mr.hubby membelinya.
Tapi sejak kebelakangan ini saya rasakan bila memakan buah ini saya menjadi tidak sihat. Rasa angin pun di dalam badan dan sukar untuk mengeluarkannya. Tiga bulan lepas saya terpaksa meminum air halia untuk menghilangkan angin dalam badan selepas memakannya. Memang menyiksakan rasanya ketika itu.
Semalam ketika balik dari KL saya sempat mengajak suami singgah di Genting Sempah semata-mata untuk membeli buah itu. Setelah membeli sekilo buah berangan kami terus menyambung perjalanan pulang ke Jerantut. Sepanjang dalam perjalanan saya tidak henti-henti memakan buah tersebut. Hingga satu ketika bila suami mengajak singgah makan malam di sebuah gerai saya merasa senak perut dan terus berhenti memakan buah tersebut. Akibatnya selera makan malam terbantut. Saya cuma meminum segelas teh tarik panas sahaja.
Tidak habis disitu, sampai dirumah saya tidur awal kerana merasakan tidak sihat badan ketika itu. Sewaktu menghampiri subuh saya terjaga disebabkan kesukaran untuk bernafas. Saya segera membangunkan mr hubby dan meminta beliau mengurutkan badan sebab saya tahu keadaan itu berlaku disebabkan angin yang terlalu banyak dalam badan. Puas mr hubby mengurutkan badan tetapi angin dalam badan memang sukar untuk dikeluarkan. Lalu saya bangun dan pergi ke bilik air. Saya mengambil keputusan menjolok anak tekak agar angin dan saya dapat muntah . Inilah cara yang selalu saya lakukan untuk mengeluarkan angin ketika saya mengalami sakit kepala. Puas saya menjolok anak tekak tetapi saya cuma dapat muntah sedikit sahaja dan angin keluar pun tidak banyak. Saya masuk semula ke dalam bilik dan meminta mr hubby mengurutkan badan saya dengan minyak panas. Setelah beberapa lama mr hubby urut keadaan merasa lega sedikit namun saya masih tidak dapat bernafas dengan baik. Saya merasa kasihan dan meminta mr hubby berhenti je mengurut dan memintanya tidur sebab esok mr hubby kena bekerja sedangkan saya masih dalam percutian.
Saya pula walaupun dalam keadaan tidak selesa bernafas tetapi kerana terlalu penat selepas muntah-muntah tadi tidur juga walaupun terpaksa tidur dalam posisi duduk. Namun saya tetap bersyukur terhadap Allah SWT saya masih dipanjangkan umur setelah keadaan yang bagi saya teruk juga .
Ikhtibar dari peristiwa ini adalah, saya harus memakan sedikit sahaja buah berangan. Selepas ini saya harus beringat agar tidak memakan buah berangan dengan lahap sekali...ha ha haaa
![]() |
| Buah Berangan |
| Gerai Buah Berangan di Genting Sempah |
Ahad, 11 Mac 2012
Adele - Rolling In The Deep
Lagu ini lagu kesukaan anak lelakiku...akibat selalu mendengar cousin nya menyanyikan lagu ini, dia pun terikut-ikut sama. Walaupun sebutannya tak berapa nak betul. Sekurang-kurangnya melalui lagu ni dia belajar berbahasa Inggeris.
Vanilla Coklat - promo episode akhir
U all minat drama Vanilla Coklat tak? Aku layan gak drama nie. Drama nie best gak walaupun hero dan heroin nya baru lagi. Tapi suka lah dengan drama ini. Teringat zaman muda belia dulu....he he hee..
Haaaa drama nie nak abis dahhhhh...jamgan lupa tonton last episode malam esok tau... sebagai penghibur hati layan promo episode akhir drama Vanilla Coklat
http://youtu.be/SRYZcNtW5u8
Haaaa drama nie nak abis dahhhhh...jamgan lupa tonton last episode malam esok tau... sebagai penghibur hati layan promo episode akhir drama Vanilla Coklat
http://youtu.be/SRYZcNtW5u8
Langgan:
Catatan (Atom)















