Ahad, 5 Mei 2013

Masa luang pada hari PRU13

Salam untuk semua.....

Pasti anda semua sedang berdebar menanti keputusan Pilihan Raya Umum kali 13.
Walau apapun keputusannya, hidup kita perlu diteruskan demi kesinambungan kehidupan kita seharian.
Hari ini semua orang sibuk pergi mengundi walau bagaimanapun disebabkan masalah teknikal saya tidak dapat pergi mengundi kali ini. Sebagai penjawat awam saya pasrah dengan apa keputusan yang ada nanti.
Bagi mengisi masa yang terluang hari ini saya habiskan dengan membuat 'general cleaning' di samping menghadap komputer dan hasilnya seperti berikut:



Ahad, 10 Mac 2013

Mutiara Kata

Pagi-pagi bangun, bereh kan mana yang patut. Sebelum menggosok baju anak yang dah nak balik ke asrama kita sempat siapkan gambar mutiara kata kita. Layan yang ini dulu ye. Semoga ia menjadi panduan dan pedoman pada kita semua.


Sabtu, 9 Mac 2013

MUTIARA KATA

Malam ini tadi berkesempatan bersama mr hubby menghadiri jamuan dengan rakan sekerja lamanya. Sambil menunggu mr hubby rancak berbual dengan rakan-rakannya kita pun mengambil kesempatan membuat kerja -kerja editing gambar.
 Yalah nak memahirkan diri setelah balik berbengkel di BTPN Pahang baru-baru ini. Walaupun bengkel asas sahaja, tetapi ia sangat berguna dan kita rasa seronok sangat dengan bengkel ini.

Jom layan mutiara kata dengan koleksi gambar yang kita ambil. :)



Jumaat, 1 Mac 2013

Apa Khabar?

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Sebegitu lama kita tak update blog ini. Apa alasan tak update? Banyak sangat untuk disenaraikan :) ... Tapi tak pe lah kan dah update nie kan :)Kali nie kita nak share kata-kata motivasi untuk semua sebagai ikhtibar kita bersama. Layannnnn :)



Khamis, 4 Oktober 2012

Rumah Kuning dan Spongesbob

Salam n hello semua,

Lama tak update blog. Nak kata sibuk bak PM tak jugak. Cuma kemalasan yang teramat melanda diri ini.
U all apa khabar? Kita bertambah sihat tau. Walaupun letih dengan aktiviti sukan sekolah namun berat badan makin bertambah pulak rasanya.

Seperti tahun-tahun sudah kita berada di Rumah Kuning - Hebat Berdaulat motto rumah kita, Tahun ni kita pilih spongebob maskod rumah. Mula tu cuak gak ngan maskod ni. Maklum lah kita bukannya suka dengan kartun tu.

Tapi hasil kerja Teacher Hani membuatkan maskod rumah kitaorang nampak kiut plak.

Pada hari kedua kejohanan rumah kitaorang mendahului punggutan pingat. Happy sangatlah. Maklumlah rumah kuning nie biasa mendapat tempat hujung-hujung je.. Tapi tu le 'ku sangka panas sampai ke petang'. Pada saat akhir kitorang telah dipintas oleh rumah hijau dan biiru...sob sob sob. Terpaksa lah berpuas hati dengan tempat ke 3 je.

Walau bagaimanapun kitorang puas hati gak sebab nya Rumah Kuning menjadi johan perbarisan dan johan rumah hiasan cantik. So adalah pengubat nya jugak Berpuas hati jugak lah dengan apa yang kitorang perolehi.

Kita salute sangat dengan Ustazah Azlina Ismon n Kak Ngoh tau. Diorang ni walaupon yang sorang tengah sarat 7 bulan mengandung dan yang sorang pulak masih dalam keadaan mabuk-mabuk, tetapi bersemangat untuk menghias rumah sukan mereka. Saluted to them.

Pasukan Rumah Kuning - Simple, Kemas dan Menarik
Pasukan Rumah Merah bermaskotkan angry bird - anak kita ada dalam perbarisan ini.

Rumah Biru bermaskotkan Doremon - siap bawa bunga mangar tuk pertandingan berbarisan tu.



Perbarisan Rumah Kuning didahului dengan maskotnya - Sponge bob

Rumah Hijau bermaskotkan Ninja Turtle - menduduki tempat kedua pertandingan perbarisan. Tetapi johan Sukan 2012. Tahniah Ninja Turtle.

Spongebob yang comel siap bawa net dia tu. Nak tangkap apa tengah padang nie spongebob oiii!!!!! hehehe

Pasukan Kuning tidak dapat dinafikan kehebatan mereka dalam Pertandingan Perbarisan Rumah sukan untuk kali ini.

4 buah khemah rumah sukan. Sangat jelas kehebatan Rumah Kuning dengan hiasan yang sederhana tetapi menarik dan kemas.

Ahli Rumah Kuning tetap setia menanti pasukan rumah lain walaupun keadaan panas terik ketika ini.

Kita dan kawan-kawan kita mendengar taklimat dahulu sebelum memulakan acara.

Keadaan Rumah merah yang 95% siap. Maaf tak sempat ambik pic semasa 100% telah siap sedia untuk pertandingan.

Kita bersama pasukan perbarisan - ambik pic dulu sebelum bersedia untuk perbarisan hormat dan pertandingan perbarisan. Di kanan kita tu bakal olahragawan untuk tahun depan. Insya Allah


  * Pic diatas adalah ikhsan dari AzimaBjork.

Kepada semua geng-geng Rumah Kuning - Inna Nasa, Nasa Escmail, Princes Meir, AzimaBjork, Wan Rozlina Kak Ngoh, Nurhani Razali,Ustaz Zaharuddin, Pakcu n Jar - u all the best team ever.

Pada Makteh Roslina TQ so much kerana banyak uruskan budak-budak Rumah Kuning pada hari pertandingan.

Ok semua till next update.....arios....

Sabtu, 11 Ogos 2012

Kegembiraan Di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum dan salam Ramadhan pada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia...

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa pada Ramadhan yang mulia ini kan?

Lama betul saya tak membuat entry. Bukanlah busy sangat, tetapi memang malas nak menulis. Banyak perkara boleh dikongsikan namun rasanya biarlah ia menjadi 'hak peribadi' sahaja.

Di hujung-hujung bulan barakah ini saya sangat teruja apabila anak-anak saudara datang berkunjug ke rumah dan berbuka bersama. Ada anak saudara yang sudi bermalam di rumah kecil milik ibu mertuaku ini. Gembira melihat kehadiran mereka sangat-sangat menggembirakan hati ibu mertuaku. Apatah lagi cicit dia yang tinggal di Norway datang berkunjung dan berbuka puasa di rumah ini. keletah si Maia sangat mencuit hati. Apa tah lagi Maia dapat mengungkapkan beberapa ungkapan yang selalu keluar dari mulut orang-orang tu. Contohnya Allahhu Akbar bila dia nak duduk dilantai.. Menyebut Ya Allah bila dia berhenti berlari-lari kerana kepenatan. Bila hendak meminta minuman dia akan berkata 'nak minum'. Sangat comel mendengarkannya mengungkapkan perkataan tersebut ditambah dengan gayanya yang tersendiri.

Walaupun baru dua kali kami berjumpa sejak kepulangannya ke Malaysia dua bulan yang lepas, dia selesa berada di rumah ini tanpa merasa takut-takut dan segan. Kini tinggal  24 hari lagi sebelum Maia dan mummynya kembali semula ke Norway.

Semoga Allah memberi kami peluang untuk berkumpul semula di Ramadhan yang akan datang. Amen.

Jumaat, 1 Jun 2012

Tenggelam-Timbul

Salam pembaca....
Lama betul saya tak membuat posting. Selain dilanda kesibukan pekerjaan, talian rumah saya mengalami gangguan beberapa bulan. Sangat kesal dengan kejadian ini. Bukannya tidak membayar bill malahan terlebih bayar ada. Walaupun beberapa kali menelepon khidmat pelanggan TM namun sangat dikesalkan tindakannya lambat sekali.  Sehingga minah khidmat pelanggan tu mengatakan saya tak membayar bill katanya. Tapi dia terkejut bila saya rupanya bukan tidak membayar tetapi membuat lebihan bayaran RM200 plak tu. Hmmm macam mana boleh jadi begini TM???
Perlu sensitif lagi dengan permasalahan pelanggan jangan nak mintak duit pelanggan je yang lebih!!!

Saya sabar menunggu pekerja TM datang melihat dan memeriksa talian di rumah tapi sayang sebulan lebih ditunggu tiada tindakan. Saya tetap bersabar maklumlah kawasan saya ini jauh di Taman Negara, mungkin sistem talian kurang memuaskan , itu jangkaan saya. Tapi difikirkan saya membayar RM130 sebulan untuk perkhidmatan  yang kononnya cepat dan pantas, tapi malangnya sangat 'hampeh' yang saya dapatkan. Berbaloikah bayaran yang saya buat setiap bulan? Sudah semestinya tidak dan SANGAT MENGECEWAKAN.  

Setelah hampir 3 bulan tidak boleh online baru 2 minggu lepas saya boleh online dari rumah. Banyak cerita selama tidak online ini hendak dikongsikan bersama tapi cerita basi sudah rasanya.

Hmmm lihatlah nanti jika cerita-cerita tersebut hendak dikongsikan saya updatekan posting ini.

Selamat bercuti buat sahabat-sahabat guru. Anak-anak yang bercuti jangan lupa membuat ulangkaji ya. Semoga anda berjaya dunia dan akhirat. Amin